 |
Perkara 1 - Tafsiran
Bagi maksud-maksud Perjanjian ini, kecuali jika dinyatakan sebaliknya, perkataan:
- "Perjanjian" bermakna Perjanjian ini, Tambahan-Tambahannya dan Lampirannya, dan sebarang pindaannya;
- "Pengangkutan Udara" bermakna pengangkutan awam melalui pesawat udara penumpang-penumpang, bagasi, kargo, dan mel, secara berasingan atau bergabung, untuk upah atau sewa;
- "Konvensyen" bermakna Konvensyen mengenai Penerbangan Awam Antarabangsa, yang terbuka untuk ditandatangani di Chicago pada 7 haribulan Disember, 1944 dan termasuk:
- sebarang pindaan yang telah berjalan kuatkuasanya di bawah Perkara 94(a) dari Konvensyen dan telah disahkan oleh kesemua Pihak kepada Perjanjian ini; dan
- sebarang tambahan atau sebarang pindaan kepadanya yang dipakai di bawah Perkara 90 dari Konvensyen, setakat mana pindaan atau Tambahan itu pada bila-bila masa yang ditentukan berkuatkuasa bagi kesemua Pihak kepada Perjanjian ini;
- "Syarikat penerbangan yang ditetapkan" bermakna sebuah syarikat penerbangan yang ditetapkan dan dibenarkan menurut Perkara 3 dari Perjanjian ini;
- "Kos penuh" bermakna kos bagi menyediakan perkhidmatan, termasuk jumlah yang munasabah bagi bayaran overhead pentadbiran;
- "Pengangkutan udara antarabangsa" bermakna pengangkutan udara yang melalui ruang udara wilayah lebih dari satu Negara atau anggota ekonomi APEC seperti yang dinyatakan dalam Lampiran kepada Tambahan;
- "Harga" bermakna mana-mana tambang, kadar atau bayaran untuk mengangkut penumpang-penumpang, bagasi dan/atau kargo (tidak termasuk mel) dalam pengangkutan udara, termasuk pengangkutan di darat berhubung dengan pengangkutan udara antarabangsa, jika berkenaan, dikenakan oleh syarikat-syarikat penerbangan, termasuk ejen-ejen mereka, dan syarat-syarat yang menentukan adanya tambang, kadar atau bayaran tersebut;
- "Singgah bagi maksud-maksud bukan pengangkutan" bermakna pendaratan bagi sebarang maksud selain dari mengangkut atau menurunkan penumpang-penumpang, bagasi, kargo dan/atau mel dalam pengangkutan udara;
- "Wilayah" bermakna kawasan-kawasan daratan dibawah kedaulatan, bidangkuasa, pihak berkuasa, pentadbiran, perlindungan, atau pemegang amanah sesebuah Pihak, dan perairan wilayah yang berdekatan dengannya; dan
- "Bayaran Pengguna" bermakna suatu bayaran yang dikenakan ke atas syarikat-syarikat penerbangan kerana mengadakan kemudahan atau perkhidmatan lapangan terbang, perjalanan udara, atau keselamatan penerbangan termasuk kemudahan dan perkhidmatan yang berkaitan.
|