 |
Perkara 19 - Tanggungjawab Depositari
- Salinan asal Perjanjian ini hendaklah disimpan dengan Kerajaan New Zealand, yang dengan ini ditetapkan sebagai Depositari kepada Perjanjian ini.
- Depositari hendaklah menghantar salinan-salinan Perjanjian ini yang disahkan dan sebarang pindaan atau protokol kepada penandatangan-penandatangan dan negara-negara yang menyetujui dan kesemua anggota ekonomi APEC yang telah bersetuju untuk terikat dengan Perjanjian ini menurut Tambahan.
- Depositari hendaklah memaklumkan kesemua penandatangan-penandatangan dan Negara yang menyetujui dan kesemua anggota ekonomi APEC yang bersetuju untuk terikat dengan Perjanjian ini menurut Tambahan:
- pemberitahuan persetujuan untuk terikat dengan Perjanjian ini dan sebarang pindaan menurut Perkara-Perkara 20 dan 17, dan instrumen-instrumen anggota ekonomi APEC yang menyatakan persetujuan mereka untuk terikat dengan Perjanjian ini menurut Tambahan atau persetujuan mereka bagi sebarang pindaan menurut Perkara 17;
- tarikh masing-masing dimana Perjanjian ini mula berkuatkuasa menurut Perkara 20, perenggan-perenggan 2, 3, 4 dan 6, dan tarikh masing-masing dimana hak-hak dan kewajipan-kewajipan yang terhurai dalam perenggan 2 dari Tambahan mula berkuatkuasa berikutan penyimpanan instrumen bertulis oleh anggota ekonomi APEC menurut perenggan 1 dari Tambahan.
- pemberitahuan mengenai ketidak pengenaan Perjanjian yang diterima menurut Perkara 20, perenggan 5;
- sebarang pemberitahuan penarikan balik yang diterima menurut Perkara 18;
- panggilan perundingan-perundingan bagi menimbangkan pindaan-pindaan menurut Perkara 17, perenggan 2(a);
- tarikh masing-masing dimana pindaan mula berkuatkuasa menurut Perkara 17, perenggan-perenggan 2(d), 2 (e) dan 3 (b); dan
- pemberitahuan-pemberitahuan yang diterima menurut Perkara 4, perenggan 3 dan Perkara 7, perenggan 7.
- Berikutan dengan berkuatkuasa Perjanjian ini, Depositari hendaklah menghantar salinan Perjanjian ini yang disahkan benar kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi didaftarkan dan disiarkan menurut Perkara 102 dari Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa menurut Perkara 83 dari Konvensyen. Depositari hendaklah juga menghantar salinan-salinan sebarang pindaan yang disahkan benar yang berkuatkuasa.
- Depositari hendaklah memelihara pemusatan pendaftaran penetapan-penetapan syarikat penerbangan dan kebenaran pengendalian menurut Perkara 3, perenggan-perenggan 1 dan 4 dari Perjanjian ini.
- Depositari hendaklah bersedia memberikan kepada Pihak-Pihak salinan-salinan sebarang keputusan timbangtara atau award yang dikeluarkan dibawah Perkara 14 dari Perjanjian ini.
|