 |
Perkara 5 - Pengenaan Undang-Undang
- Semasa memasuki, berada di dalam, atau meninggalkan wilayah satu Pihak, undang-undang, peraturan-peraturan dan aturan-aturannya berkaitan dengan pengendalian dan perjalanan pesawat udara hendaklah dipatuhi oleh syarikat-syarikat penerbangan yang ditetapkan oleh mana-mana Pihak yang lain.
- Semasa memasuki, berada di dalam, atau meninggalkan wilayah satu Pihak, undang-undang, peraturan-peraturan dan aturan-aturannya berkaitan dengan kemasukan ke atau perlepasan daripada wilayahnya penumpang-penumpang, krew atau kargo dalam pesawat udara (termasuk peraturan-peraturan berkaitan dengan kemasukan, pelepasan, keselamatan penerbangan, imigresen, pasport, kastam dan kuarantin atau, dalam hal mel, peraturan-peraturan pos) hendaklah dipatuhi oleh, atau, bagi pihak, penumpang-penumpang tersebut, krew atau kargo syarikat-syarikat penerbangan mana-mana Pihak yang lain.
- Tidak ada Pihak boleh memberi keutamaan kepada syarikat penerbangannya sendiri atau mana-mana syarikat penerbangan lain dari syarikat penerbangan yang ditetapkan oleh Pihak yang satu lagi yang terlibat dalam pengangkutan udara antarabangsa yang serupa dalam pengenaan peraturan-peraturan kastam, imigresen dan kuarantin.
- Penumpang-penumpang, bagasi dan kargo yang dalam persinggahan terus melalui wilayah mana-mana Pihak dan tidak meninggalkan kawasan lapangan terbang yang dikhaskan bagi maksud tersebut hendaklah tidak menjalani sebarang pemeriksaan kecuali dengan sebab langkah-langkah keselamatan penerbangan, kawalan narkotik, pencegahan kemasukan haram atau dalam hal keadaan-hal keadaan yang tertentu.
|