Maliat site Multilateral Agreement on the Liberalization of International Air Transportation
Multilateral Agreement on the Liberalization of International Air Transportation
Agreement Protocol Country Other Contacts Site Map Quarterly Fleet Statistics (Data tables) - April to June 2019 update Return to site home page

Agreement - Malay - Perkara 11

Perkara 11 - Persaingan Yang Adil

  1. Tiap-tiap Pihak hendaklah memberi peluang yang adil dan saksama bagi syarikat-syarikat penerbangan yang ditetapkan oleh kesemua Pihak untuk bersaing dalam mengadakan pengangkutan udara antarabangsa yang dikawal oleh Perjanjian ini.
  2. Tiap-tiap Pihak hendaklah membenarkan setiap syarikat penerbangan yang ditetapkan untuk menentukan kekerapan dan muatan pengangkutan udara antarabangsa yang ditawarkannya berasaskan pertimbangan-pertimbangan komersial dalam pasaran. Selaras dengan hak ini, tiada Pihak boleh bertindak mengehadkan jumlah lalulintas, kekerapan atau keteraturan perkhidmatan, atau jenis atau jenis-jenis pesawat udara yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat penerbangan yang ditetapkan oleh Pihak yang satu lagi, kecuali sebagaimana yang mungkin dikehendaki atas sebab-sebab kastam, teknikal, pengendalian, atau persekitaran di bawah syarat-syarat yang sama selaras dengan Perkara 15 Konvensyen.
  3. Tiada Pihak boleh mengenakan kepada syarikat-syarikat penerbangan yang ditetapkan oleh Pihak yang satu lagi keperluan penolakan pertama, nisbah angkutan (uplift ratio), bayaran tanpa bantahan (no-objection fee), atau sebarang keperluan lain berkaitan dengan muatan, kekerapan atau lalulintas.
  4. Tiada Pihak boleh menghendaki pengemukaan jadual-jadual, program-program bagi penerbangan-penerbangan sewa, atau rancangan-rancangan pengendalian oleh syarikat-syarikat penerbangan Pihak yang satu lagi untuk kelulusan, kecuali sebagaimana yang mungkin dikehendaki atas dasar yang tidak berat sebelah untuk menguatkuasakan syarat-syarat yang sama yang boleh dilihat dalam perenggan 2 dari Perkara ini. Jika satu Pihak menghendaki pengemukaan untuk tujuan maklumat seperti yang boleh dilihat dalam perenggan 2 dari Perkara ini atau menghendaki pengemukaan untuk tujuan maklumat, ia hendaklah mengurangkan beban pentadbiran dan tatacara-tatacara bagi keperluan pengemukaan tersebut ke atas ejen-ejen perantaraan pengangkutan udara dan syarikat-syarikat penerbangan yang ditetapkan oleh Pihak yang satu lagi.
  5. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam Perjanjian ini, tiada Pihak boleh menggunakan undang-undangnya, peraturan-peraturannya, dan aturan-aturannya untuk menyekat pengendalian atau penjualan pengangkutan udara antarabangsa sewa yang disediakan dari Perjanjian ini, melainkan Pihak-Pihak tersebut menghendaki mematuhi kehendak-kehendak mereka berhubung dengan perlindungan kewangan penumpang sewa dan pembatalan penumpang sewa dan hak-hak pengembalian.
  6. Menurut perenggan 1 dari Perkara ini, syarikat-syarikat penerbangan dari tiap-tiap Pihak adalah berhak untuk memasarkan perkhidmatan-perkhidmatan mereka berasaskan keadilan dan tidak berat sebelah melalui sistem tempahan komputer (CRSs) yang digunakan oleh agensi-agensi kembara atau syarikat-syarikat kembara dalam wilayah-wilayah Pihak-Pihak berkenaan. Sebagai tambahan, penjual CRS bagi tiap-tiap Pihak yang tidak melanggar peraturan-peraturan CRS, jika ada, yang dikenakan dalam wilayah-wilayah Pihak-Pihak dimana mereka mengendalikan adalah berhak kepada akses berasaskan tidak berat sebelah, berkesan dan tanpa gangguan ke atas pasaran, menyelenggara, mengendali dan menyediakan dengan bebas CRSs mereka kepada agensi-agensi kembara atau syarikat-syarikat kembara dalam wilayah Pihak-Pihak yang satu lagi. Terutama sekali, jika mana-mana syarikat penerbangan dari mana-mana Pihak memilih untuk menyertai CRS yang ditawarkan kepada agen-agen kembara atau syarikat-syarikat kembara dalam wilayah Pihak yang satu lagi, syarikat penerbangan itu hendaklah menyertai CRSs Pihak yang satu lagi itu yang dikendalikan dalam wilayah perbadanannya sepenuhnya seperti yang digunakan dalam sebarang CRS dalam wilayah Pihak yang satu lagi itu, melainkan ianya boleh menunjukkan bahawa bayaran yang dikenakan oleh CRS bagi penglibatan dalam wilayah perbadanannya yang bukan komersial yang munasabah (bayaran adalah dianggap komersial yang munasabah jika bayaran yang dikenakan kepada syarikat penerbangan kerana penglibatan dalam wilayah perbadanannya oleh mana-mana CRS yang lain yang digunakan oleh agen-agen kembara atau syarikat-syarikat kembara adalah sama atau melebihi yang dikenakan oleh CRS dari Pihak yang satu lagi bagi penyertaan). Syarikat-syarikat penerbangan dan penjual-penjual CRS dari satu Pihak hendaklah tidak berat sebelah terhadap agensi-agensi kembara atau syarikat-syarikat kembara dalam wilayah Pihak itu kerana penggunaan mereka terhadap CRS dari Pihak yang satu lagi.

New Zealand Ministry of Transport
Attention: Air Services
Phone: +64-4-439-9000
Fax: +64-4-439-9004
e-mail: maliat@transport.govt.nz
New Zealand Ministry of Foreign Affairs and Trade
Attention: Treaty Officer
Legal Division
Fax:+64-473-2103
e-mail: lgl@mfat.govt.nz