Maliat site Multilateral Agreement on the Liberalization of International Air Transportation
Multilateral Agreement on the Liberalization of International Air Transportation
Agreement Protocol Country Other Contacts Site Map Quarterly Fleet Statistics (Data tables) - April to June 2019 update Return to site home page

Agreement - Malay - Perkara 17

Perkara 17 - Pindaan

  1. Mana-mana Pihak yang mencadangkan pindaan kepada Perjanjian ini boleh mengemukakan cadangan pindaan kepada Depositari. Setelah menerima cadangan tersebut, Depositari hendaklah mengemukakan cadangan tersebut kepada Pihak-Pihak lain melalui saluran diplomatik atau yang bersesuaian.
  2. Perjanjian ini boleh dibuat pindaan menurut prosedur-prosedur yang berikut:
    1. jika dipersetujui oleh sekurang-kurangnya majoriti kecil dari kesemua Pihak pada tarikh cadangan pindaan itu, perundingan-perundingan hendaklah diadakan untuk menimbangkan cadangan itu;
    2. melainkan jika dipersetujui sebaliknya, Pihak yang mencadangkan pindaan itu hendaklah menjadi tuan rumah kepada perundingan-perundingan, yang akan bermula tidak lebih dari sembilan puluh (90) hari setelah persetujuan dicapai untuk mengadakan perundingan-perundingan tersebut. Kesemua Pihak mempunyai hak untuk menyertai perundingan;
    3. jika diterima pakai oleh sekurang-kurangnya majoriti kecil dari Pihak-Pihak yang menghadiri perundingan-perundingan tersebut, pihak Depositari hendaklah kemudiannya menyediakan dan menghantar salinan pindaan yang disahkan kepada Pihak-Pihak bagi persetujuan mereka;
    4. sebarang pindaan hendaklah mula berkuatkuasa, diantara Pihak-Pihak yang bersetuju, tiga puluh (30) hari berikutan dari tarikh Depositari telah menerima notis secara bertulis mengenai persetujuan daripada majoriti kecil dari Pihak-Pihak tersebut; dan
    5. berikutan dari berkuatkuasanya pindaan tersebut, ianya hendaklah berkuatkuasa bagi mana-mana Pihak tiga puluh (30) hari dari tarikh Depositari menerima notis persetujuan secara bertulis dari Pihak tersebut;
  3. Sebagai ganti kepada prosedur-prosedur yang dinyatakan dalam perenggan 2, Perjanjian boleh dipinda menurut prosedur-prosedur yang berikut:
    1. jika semua Pihak pada masa cadangan pindaan itu memberikan notis bertulis melalui saluran diplomatik atau yang bersesuaian kepada Pihak yang mencadangkan pindaan itu mengenai persetujuan penerimaan, Pihak yang mencadangkan pindaan itu hendaklah memaklumkan kepada Depositari, yang kemudiannya akan menyediakan dan menghadapkan salinan pindaan yang disahkan kepada kesemua Pihak bagi persetujuan mereka; dan
    2. suatu pindaan yang diterima-pakai hendaklah mula berkuatkuasa bagi kesemua Pihak tiga puluh (30) hari dari tarikh Depositari menerima pemberitahuan secara bertulis mengenai persetujuan dari kesemua Pihak.

New Zealand Ministry of Transport
Attention: Air Services
Phone: +64-4-439-9000
Fax: +64-4-439-9004
e-mail: maliat@transport.govt.nz
New Zealand Ministry of Foreign Affairs and Trade
Attention: Treaty Officer
Legal Division
Fax:+64-473-2103
e-mail: lgl@mfat.govt.nz