Maliat site Multilateral Agreement on the Liberalization of International Air Transportation
Multilateral Agreement on the Liberalization of International Air Transportation
Agreement Protocol Country Other Contacts Site Map Quarterly Fleet Statistics (Data tables) - April to June 2019 update Return to site home page

Agreement - Malay - Perkara 20

Perkara 20 - Mula Berkuatkuasa

  1. Perjanjian ini hendaklah terbuka untuk ditandatangani oleh Negara Brunei Darussalam, Chile, New Zealand, Singapura, dan Amerika Syarikat.
  2. Perjanjian ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh keempat-empat Negara yang dinyatakan di perenggan 1 Perkara ini telah menurunkan tandatangan yang tidak tertakluk kepada pengesahan, persetujuan atau kelulusan, atau telah memberikannya kepada Depositari suatu suratcara bagi pengesahan, persetujuan atau kelulusan. Penandatangan-penandatangan kepada Perjanjian ini boleh membenarkan perkhidmatan-perkhidmatan yang selaras dengan syarat-syarat Perjanjian setelah penandatanganan sementara menunggu penguatkuasaan Perjanjian berkaitan dengan kesemua Negara yang dinyatakan dalam perenggan 1 dari Perkara ini.
  3. Setelah Perjanjian ini berjalan kuatkuasanya menurut perenggan 2 dari Perkara ini, ia hendaklah berkuatkuasa bagi satu penandatangan yang selebihnya pada tarikh Depositari menerima suratcara pengesahan, persetujuan atau kelulusan dari penandatangan berkenaan.
  4. Setelah Perjanjian ini berjalan kuatkuasanya menurut perenggan 2 dari Perkara ini, mana-mana Negara yang menjadi Pihak kepada Konvensyen-Konvensyen keselamatan penerbangan yang disenaraikan dalam Perkara 7, perenggan 1 boleh menyatakan persetujuan kepada Perjanjian ini dengan menghantar suatu suratcara penyetujuan kepada Depositari.
  5. Perjanjian ini hendaklah tidak dikenakan diantara Negara yang menyetujui atau sesebuah anggota ekonomi APEC yang bersetuju untuk terikat dengan Perjanjian ini mengikut Tambahan dan mana-mana Pihak dari Perjanjian ini atau anggota ekonomi APEC dimana, dalam tempoh sembilan puloh (90) hari dari tarikh pemberitahuan Depositari kepada Pihak-Pihak mengenai penyimpanan suratcara penyetujuan atau suratcara bertulis yang menyatakan persetujuannya untuk terikat, memaklumkan Depositari secara bertulis bahawa ia tidak dikenakan diantara Pihak tersebut atau anggota ekonomi APEC dan Negara yang menyetujui atau anggota ekonomi APEC. Mana-mana penandatangan yang menyuarakan keizinan mereka untuk terikat setelah Perjanjian ini berjalan kuatkuasanya menurut perenggan 2 dari Perkara ini, menyatakan persetujuannya untuk terikat, bolehlah memaklumkan Depositari secara bertulis bahawa Perjanjian ini tidak dikenakan diantara penandatangan dan mana-mana negara yang menyetujui dengan Perjanjian ini, atau mana-mana anggota ekonomi APEC yang bersetuju untuk terikat dengan Perjanjian ini menurut Tambahan, sebelum Perjanjian ini berjalan kuatkuasanya bagi penandatangan tersebut.
  6. Perjanjian ini hendaklah berjalan kuatkuasanya diantara Negara yang menyetujui dan kesemua Pihak selain daripada mereka yang, menurut perenggan 5 dari Perkara ini, telah memaklumkan Depositari bagi ketidak pengenaan Perjanjian ini, pada hari ketiga puluh (30) selepas tamat tempoh sembilan puluh (90) hari yang disebutkan dalam perenggan 5 dari Perkara ini.

New Zealand Ministry of Transport
Attention: Air Services
Phone: +64-4-439-9000
Fax: +64-4-439-9004
e-mail: maliat@transport.govt.nz
New Zealand Ministry of Foreign Affairs and Trade
Attention: Treaty Officer
Legal Division
Fax:+64-473-2103
e-mail: lgl@mfat.govt.nz