Maliat site Multilateral Agreement on the Liberalization of International Air Transportation
Multilateral Agreement on the Liberalization of International Air Transportation
Agreement Protocol Country Other Contacts Site Map Quarterly Fleet Statistics (Data tables) - April to June 2019 update Return to site home page

Agreement - Malay - Perkara 3

Perkara 3 - Penetapan Dan Kebenaran

  1. Tiap-tiap Pihak mempunyai hak untuk menetapkan sebanyak mana syarikat-syarikat penerbangan yang ia mahu untuk menjalankan pengangkutan udara antarabangsa menurut Perjanjian ini dan untuk menarik balik atau mengubah penetapan-penetapan tersebut. Penetapan-penetapan tersebut hendaklah dihantar kepada Pihak-Pihak berkenaan secara bertulis melalui saluran-saluran diplomatik atau yang bersesuaian yang lain dan kepada Depositari.
  2. Apabila menerima penetapan itu, dan permohonan-permohonan daripada syarikat penerbangan yang ditetapkan, dalam bentuk dan cara yang ditetapkan bagi kebenaran mengendalikan dan keizinan teknikal, tiap-tiap Pihak hendaklah memberikan kebenaran dan keizinan yang bersesuaian dengan kelambatan prosedur yang minimum, dengan syarat bahawa:
    1. kawalan berkesan syarikat penerbangan itu terletak di tangan Pihak yang menetapkan, warganegara-warganegaranya, atau kedua-duanya;
    2. syarikat penerbangan itu diperbadankan dan mempunyai tempat perniagaan utamanya dalam wilayah Pihak yang menetapkan syarikat penerbangan itu;
    3. syarikat penerbangan itu layak untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di bawah undang-undang, peraturan-peraturan dan aturan-aturan yang lazimnya dikenakan dalam pengendalian pengangkutan udara antarabangsa oleh Pihak yang menimbangkan permohonan atau permohonan-permohonan tersebut; dan
    4. Pihak yang menetapkan syarikat penerbangan itu mematuhi peruntukan-peruntukan yang dinyatakan dalam Perkara 6 (Keselamatan) dan Perkara 7 (Keselamatan Penerbangan).
  3. Tanpa menghiraukan perenggan 2, sesebuah Pihak tidak perlu memberikan kebenaran dan keizinan kepada syarikat penerbangan yang ditetapkan oleh Pihak yang satu lagi jika sekiranya Pihak yang menerima penetapan tersebut menentukan bahawa pemilikan yang besar terletak kepada warganegara-warganegaranya.
  4. Pihak-Pihak yang memberikan kebenaran-kebenaran operasi menurut perenggan 2 dari Perkara ini hendaklah memaklumkan mengenai tindakan tersebut kepada Depositari.
  5. Tiada sebarang apapun dalam Perjanjian ini dianggap menjejaskan undang-undang dan peraturan-peraturan sesebuah Pihak mengenai pemilikan dan kawalan syarikat-syarikat penerbangan yang ditetapkannya. Penerimaan penetapan-penetapan tersebut oleh Pihak yang satu lagi hendaklah tertakluk kepada perenggan-perenggan 2 dan 3 dari Perkara ini.

New Zealand Ministry of Transport
Attention: Air Services
Phone: +64-4-439-9000
Fax: +64-4-439-9004
e-mail: maliat@transport.govt.nz
New Zealand Ministry of Foreign Affairs and Trade
Attention: Treaty Officer
Legal Division
Fax:+64-473-2103
e-mail: lgl@mfat.govt.nz