Maliat site Multilateral Agreement on the Liberalization of International Air Transportation
Multilateral Agreement on the Liberalization of International Air Transportation
Agreement Protocol Country Other Contacts Site Map Quarterly Fleet Statistics (Data tables) - April to June 2019 update Return to site home page

Agreement - Malay - Perkara 4

Perkara 4 - Pembatalan Kebenaran

  1. Tiap-tiap Pihak boleh menahan, membatalkan, menggantung, mengehadkan atau mengenakan syarat-syarat mengenai kebenaran mengendalikan atau keizinan teknikal sesebuah syarikat penerbangan yang ditetapkan oleh Pihak yang lain jika:
    1. kawalan berkesan syarikat penerbangan itu tidak terletak di tangan Pihak yang menetapkan, warganegara-warganegaranya, atau kedua-duanya;
    2. Pihak yang pertama menentukan bahawa pemilikan yang besar terletak di tangan warganegara-warganegaranya;
    3. syarikat penerbangan itu tidak diperbadankan atau tidak mempunyai tempat perniagaan utamanya dalam wilayah Pihak yang menetapkan syarikat penerbangan itu;
    4. syarikat penerbangan itu gagal mematuhi undang-undang, peraturan-peraturan dan aturan-aturan yang disebutkan dalam Perkara 5 (Pengenaan Undang-Undang) dari Perjanjian ini; atau
    5. Pihak yang satu lagi tidak memelihara dan melaksanakan standard yang dinyatakan dalam Perkara 6 (Keselamatan).
  2. Kecuali jika tindakan serta-merta diperlukan untuk menghindarkan perenggan-perenggan kecil 1 (d) atau 1 (e) dari Perkara ini tidak dipatuhi selanjutnya, hak-hak yang ditetapkan oleh Perkara ini hendaklah dijalankan hanya setelah membuat perundingan dengan Pihak yang menetapkan syarikat penerbangan tersebut.
  3. Pihak yang telah melaksanakan haknya untuk menahan, membatalkan, menggantung, mengehadkan atau mengenakan syarat-syarat mengenai kebenaran mengendalikan sesebuah syarikat atau syarikat-syarikat penerbangan menurut perenggan 1 dari Perkara ini hendaklah memaklumkan Depositari mengenai tindakannya.
  4. Perkara ini tidak mengehadkan hak-hak mana-mana Pihak untuk menahan, membatalkan, menggantung, mengehadkan atau mengenakan syarat-syarat mengenai kebenaran mengendalikan atau keizinan teknikal sesebuah syarikat atau syarikat-syarikat penerbangan Pihak-pihak lain menurut peruntukan-peruntukan Perkara 7 (Keselamatan Penerbangan).

New Zealand Ministry of Transport
Attention: Air Services
Phone: +64-4-439-9000
Fax: +64-4-439-9004
e-mail: maliat@transport.govt.nz
New Zealand Ministry of Foreign Affairs and Trade
Attention: Treaty Officer
Legal Division
Fax:+64-473-2103
e-mail: lgl@mfat.govt.nz