Maliat site Multilateral Agreement on the Liberalization of International Air Transportation
Multilateral Agreement on the Liberalization of International Air Transportation
Agreement Protocol Country Other Contacts Site Map Quarterly Fleet Statistics (Data tables) - April to June 2019 update Return to site home page

Agreement - Malay - Perkara 5

Perkara 5 - Pengenaan Undang-Undang

  1. Semasa memasuki, berada di dalam, atau meninggalkan wilayah satu Pihak, undang-undang, peraturan-peraturan dan aturan-aturannya berkaitan dengan pengendalian dan perjalanan pesawat udara hendaklah dipatuhi oleh syarikat-syarikat penerbangan yang ditetapkan oleh mana-mana Pihak yang lain.
  2. Semasa memasuki, berada di dalam, atau meninggalkan wilayah satu Pihak, undang-undang, peraturan-peraturan dan aturan-aturannya berkaitan dengan kemasukan ke atau perlepasan daripada wilayahnya penumpang-penumpang, krew atau kargo dalam pesawat udara (termasuk peraturan-peraturan berkaitan dengan kemasukan, pelepasan, keselamatan penerbangan, imigresen, pasport, kastam dan kuarantin atau, dalam hal mel, peraturan-peraturan pos) hendaklah dipatuhi oleh, atau, bagi pihak, penumpang-penumpang tersebut, krew atau kargo syarikat-syarikat penerbangan mana-mana Pihak yang lain.
  3. Tidak ada Pihak boleh memberi keutamaan kepada syarikat penerbangannya sendiri atau mana-mana syarikat penerbangan lain dari syarikat penerbangan yang ditetapkan oleh Pihak yang satu lagi yang terlibat dalam pengangkutan udara antarabangsa yang serupa dalam pengenaan peraturan-peraturan kastam, imigresen dan kuarantin.
  4. Penumpang-penumpang, bagasi dan kargo yang dalam persinggahan terus melalui wilayah mana-mana Pihak dan tidak meninggalkan kawasan lapangan terbang yang dikhaskan bagi maksud tersebut hendaklah tidak menjalani sebarang pemeriksaan kecuali dengan sebab langkah-langkah keselamatan penerbangan, kawalan narkotik, pencegahan kemasukan haram atau dalam hal keadaan-hal keadaan yang tertentu.

 


New Zealand Ministry of Transport
Attention: Air Services
Phone: +64-4-439-9000
Fax: +64-4-439-9004
e-mail: maliat@transport.govt.nz
New Zealand Ministry of Foreign Affairs and Trade
Attention: Treaty Officer
Legal Division
Fax:+64-473-2103
e-mail: lgl@mfat.govt.nz