Maliat site Multilateral Agreement on the Liberalization of International Air Transportation
Multilateral Agreement on the Liberalization of International Air Transportation
Agreement Protocol Country Other Contacts Site Map Quarterly Fleet Statistics (Data tables) - April to June 2019 update Return to site home page

Agreement - Malay - Tambahan

Tambahan

  1. Setelah berjalan kuatkuasa Perjanjian ini, mana-mana anggota ekonomi dari forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik ("anggota ekonomi APEC") seperti yang tersenarai dalam lampiran kepada Tambahan ini boleh, dengan suratcara bertulis yang dihantar kepada Depositari, memberi persetujuan untuk terikat dengan Perjanjian ini jika ia memenuhi kriteria-kriteria yang berikut:
    1. ia tidak berupaya untuk menerima dibawah syarat-syarat Perkara 20 Perjanjian ini; dan
    2. ia bersetuju untuk terikat dengan konvensyen-konvensyen keselamatan penerbangan yang tersenarai dalam Perkara 7, perenggan 1 dari Perjanjain ini atau konvensyen-konvensyen berkenaan yang dikenakan sebaliknya.
  2. Mana-mana anggota ekonomi APEC yang bersetuju untuk terikat dengan Perjanjian ini sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan 1 hendaklah, dalam hubungannya dengan semua Pihak (selain dari mereka di mana Perjanjian ini tidak dipakai menurut pemberitahuan ketidak pengenaan Perjanjian di bawah Perkara 20, perenggan 5), mempunyai kesemua hak dan kewajipan yang diperuntukan kepada Pihak-Pihak dibawah Perjanjian ini. Sesebelah Pihak (selain dari mereka dimana Perjanjian ini tidak dipakai menurut pemberitahuan bagi ketidak pengenaan Perjanjian dibawah Perkara 20, perenggan 5) hendaklah, dalam hubungannya dengan anggota ekonomi APEC tersebut, mempunyai kesemua hak dan kewajipan yang diperuntukan bagi Pihak-Pihak dibawah Perjanjian ini. Hak-hak dan kewajipan-kewajipan yang dinyatakan dalam perenggan ini hendaklah mula berkuatkuasa pada hari ke tiga puluh (30) selepas tamat tempoh sembilan puluh (90) hari yang disebutkan dalam perenggan 5 Perkara 20.

New Zealand Ministry of Transport
Attention: Air Services
Phone: +64-4-439-9000
Fax: +64-4-439-9004
e-mail: maliat@transport.govt.nz
New Zealand Ministry of Foreign Affairs and Trade
Attention: Treaty Officer
Legal Division
Fax:+64-473-2103
e-mail: lgl@mfat.govt.nz