Maliat site Multilateral Agreement on the Liberalization of International Air Transportation
Multilateral Agreement on the Liberalization of International Air Transportation
Agreement Protocol Country Other Contacts Site Map Quarterly Fleet Statistics (Data tables) - July to September 2019 update Quarterly Fleet Statistics (key graphs) - July to September 2019 update Quarterly Fleet Statistics (Data tables) - July to September 2019 update Quarterly Fleet Statistics (Data tables) - July to September 2019 update Quarterly Fleet Statistics (Data tables) - July to September 2019 update Return to site home page

Protocol - Malay

Teks Protokol dalam Bahasa Melayu PDF (29KB)

Introduksi 
Klikkan Perkara-Perkara dibawah untuk menyaksikan butir-butir (isu) mengenai Protokol. Untuk menyaksikan butir-butir antara Perkara-Perkara, sila klikkan sebelah kanan perkataan "Protokol", yang didapati di bahagian kanan mukasurat.

Preamble

Pihak-Pihak kepada Protokol ini (selepas ini disebut sebagai �Pihak-Pihak�);

Sebagai Pihak-Pihak kepada Perjanjian Berbilang Hala Mengenai Pembebasan Pengangkutan Udara (selepas ini disebut sebagai� Perjanjian�);

Dengan hasrat untuk memberikan peluang-peluang bagi perkembangan pesat pengangkutan udara antarabangsa sebagai tambahan kepada yang diperuntukan dalam Perjanjian; Telah bersetuju seperti berikut:

Perkara 1 - Hubungan kepada Perjanjian

  1. Diantara Pihak-Pihak kepada Protokol ini, peruntukan-peruntukan Protokol ini hendaklah menjadi bahagian yang penting dari Perjanjian.
  2. Jika satu Pihak kepada Protokol ini melaksanakan haknya dibawah perenggan 5 dari Perkara 20 Perjanjian ini untuk tidak mengenakan Perjanjian diantara Pihak itu dan sesebuah Negara atau anggota ekonomi APEC yang bersetuju untuk terikat dengan Perjanjian menurut Tambahan kepada Perjanjian, Protokol ini juga tidak dikenakan diantara Pihak itu dan Negara atau anggota ekonomi APEC tersebut.

Perkara 2 - Pemberian Hak-Hak

Selain dari hak-hak yang diberikan dalam perenggan-perenggan 1 dan 2 dari Perkara 2 Perjanjian ini, dan tanpa menghiraukan perenggan-perenggan 3, 4 dan 5 dari Perkara 2 Perjanjian ini, tiap-tiap Pihak memberi kepada Pihak yang satu lagi hak-hak kepada syarikat-syarikat penerbangan yang ditetapkan oleh Pihak-Pihak yang satu lagi itu menurut Perkara 3 Perjanjian untuk melaksanakan, menurut syarat-syarat penetapan mereka:

  1. pengangkutan udara antarabangsa berjadual dan sewa penumpang dan perkhidmatan-perkhidmatan gabungan diantara wilayah pihak yang memberikan hak-hak dan mana-mana tempat atau tempat-tempat; dan
  2. pengangkutan udara antarabangsa berjadual dan sewa diantara tempat-tempat dalam wilayah Pihak yang memberikan hak-hak.

Perkara 3 - Penandatanganan, Pengesahan dan Persetejuan

  1. Protokol ini hendaklah terbuka untuk ditandatangani oleh mana-mana penandatangan kepada Perjanjian dari 1 haribulan Mei, 2001, sehingga Protokol ini berjalan kuatkuasanya.
  2. Mana-mana Negara yang telah menandatangani Perjanjian boleh menyatakan persetujuannya untuk terikat dengan Protokol ini dengan penandatanganan yang tidak tertakluk kepada pengesahan, penerimaan atau kelulusan; atau dengan memberikan suratcara pengesahan, penerimaan atau kelulusan dengan syarat bahawa sesebuah Negara tidak boleh mengambil langkah tersebut melainkan ia telah menyatakan persetujuannya untuk terikat dengan Perjanjian.
  3. Setelah Protokol ini berjalan kuatkuasanya, ia hendaklah terbuka bagi persetujuan oleh mana-mana Pihak kepada Perjanjian. Anggota ekonomi APEC yang telah bersetuju untuk terikat dengan Perjanjian menurut Tambahan kepada Perjanjian boleh, dengan suratcara bertulis yang diserahkan kepada Depositari, bersetuju untuk terikat dengan Protokol ini.
  4. Suratcara pengesahan, penerimaan, kelulusan atau persetujuan hendaklah diberikan kepada Depositari. Depositari hendaklah dengan segera memaklumkan Pihak-Pihak kepada Perjanjian, dan kesemua ahli ekonomi APEC yang bersetuju untuk terikat dengan Perjanjian ini menurut Tambahan kepada Perjanjian, mengenai penerimaan pernyataan persetujuan untuk terikat dan penerimaan suratcara dari anggota ekonomi APEC menurut perenggan 3 dari Perkara ini.
  5. Mana-mana Pihak kepada Perjanjian ini, setelah menyatakan persetujuannya untuk terikat dengan Protokol ini, boleh membuat reservasi mengenai hak yang diberikan dalam perenggan (b) Perkara 2 dari Protokol ini. Mana-mana anggota ekonomi APEC, setelah menyatakan persetujuan untuk terikat menurut perenggan 3 dari Perkara ini, boleh menyatakan secara bertulis bahawa ia tidak bersetuju untuk terikat dengan perenggan (b) Perkara 2 dari Protokol.
  6. Jika, menurut perenggan 5 dari Perkara ini, sesebuah Negara membuat reservasi atau sesebuah anggota ekonomi APEC menyatakan bahawa ia tidak bersetuju untuk terikat dengan perenggan (b) Perkara 2, mana-mana Pihak kepada Protokol atau anggota ekonomi APEC yang bersetuju untuk terikat dengan Protokol ini yang tidak membuat reservasi atau penyataan, boleh, samaada dengan menyatakan persetujuannya untuk terikat atau bersetuju sebaliknya untuk terikat, atau dalam tempoh sembilan puloh (90) hari dari tarikh pemberitahuan Depositari kepada Pihak-Pihak mengenai reservasi atau penyataan tersebut, memberitahu Depositari bahawa:
    1. reservasi atau penyataan hendaklah digunakan secara timbal balik oleh Pihak itu atau anggota ekonomi APEC yang menyertai dalam hubungannya dengan Negara yang membuat reservasi atau anggota ekonomi APEC yang membuat penyataan tersebut; atau
    2. Protokol hendaklah tidak dikenakan di antara Pihak itu atau anggota ekonomi APEC yang menyertai dan Negara yang membuat reservasi atau anggota ekonomi APEC yang membuat penyataan sedemikian.

Perkara 4 - Mula Berkuatkuasa

  1. Protokol ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh Perjanjian mula berkuatkuasa atau pada tarikh dua penandatanganan dari Perjanjian menyatakan persetujuan mereka untuk terikat menurut perenggan 2 Perkara 3, yang mana satu kemudian.
  2. Bagi mana-mana penandatangan kepada Protokol ini yang menyatakan persetujuannya untuk terikat menurut perenggan 2 dari Perkara 3 setelah Protokol ini berkuatkuasa menurut prenggan 1 dari Perkara ini, Protokol ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh ia menyatakan persetujuannya.
  3. Protokol ini hendaklah tidak dikenakan diantara mana-mana Negara yang membuat reservasi menurut perenggan 5 Perkara 3 dari Protokol ini, atau mana-mana ahli ekonomi APEC yang telah menyatakan tidak bersetuju untuk terikat dengan perenggan (b) dari Perkara 2, dan mana-mana Pihak atau anggota ekonomi APEC yang telah memaklumkan Depositari mengenai ketidakpengenaan Protokol menurut perenggan 6(b) Perkara 3 dari Protokol ini.
  4. Protokol ini hendaklah tidak dikenakan diantara mana-mana Negara yang menyetujui Protokol ini, atau mana-mana anggota ekonomi APEC yang bersetuju untuk terikat dengan Protokol ini, dan mana-mana Pihak atau anggota ekonomi APEC yang, dalam tempoh sembilan puluh (90) hari dari tarikh pemberitahuan Depositari kepada Pihak-Pihak mengenai pemberian suratcara penerimaan atau suratcara bertulis yang menyatakan persetujuannya untuk terikat, memaklumkan secara bertulis kepada Depositari bahawa ia tidak akan mengenakannya diantara Pihak tersebut atau anggota ekonomi APEC dan Negara yang menyetujui atau anggota ekonomi APEC.
  5. Protokol ini hendaklah mula berkuatkuasa diantara Negara yang menyetujui dan kesemua Pihak selain dari mereka yang, menurut perenggan 4 dari Perkara ini atau perenggan 6(b) Perkara 3 dari Protokol ini, telah memaklumkan kepada Depositari mengenai ketidakpengenaan Protokol, pada hari ke tiga puluh (30) selepas tamat tempoh sembilan puluh (90) hari yang dinyatakan dalam perenggan 4 dari Perkara ini atau perenggan 6 dari Perkara 3.
  6. Mana-mana anggota ekonomi APEC yang bersetuju untuk terikat dengan Protokol ini sebagaimana yang diperuntukan dalam perenggan 3 Perkara 3 dari protokol ini hendaklah, dalam hubungannya dengan kesemua Pihak (selain dari mereka yang Protokol ini tidak dikenakan menurut pemberitahuan mengenai ketidakpengenaan Protokol di bawah perenggan 6(b) Perkara 3, atau perenggan 4 Perkara ini), mempunyai semua hak dan kewajipan yang diperuntukkan bagi Pihak-Pihak di bawah Protokol ini. Sesebelah Pihak (selain dari mereka yang Protokol tidak dikenakan menurut pemberitahuan mengenai ketidakpengenaan Protokol di bawah perenggan 6(b) Perkara 3, atau perenggan 4 Perkara ini) hendaklah, dengan hubungannya dengan anggota ekonomi APEC, mempunyai kesemua hak dan kewajipan yang diperuntukkan bagi Pihak-Pihak di bawah Protokol ini. Hak-hak dan kewajipan-kewajipan yang dinyatakan dalam perenggan ini hendaklah berkuatkuasa pada hari ke tiga puluh (30) setelah tamat tempoh sembilan puluh (90) hari yang dirujuk dalam perenggan 6 Perkara 3 dan perenggan 4 Perkara ini.

Perkara 5 - Penarikan Balik

  1. Sesebelah Pihak boleh menarik balik dari Protokol ini dengan memberikan pemberitahuan penarikan balik bertulis kepada Depositari, yang dengan segera memaklumkan Pihak-Pihak kepada Perjanjian mengenai tarikh penerimaan notis tersebut. Penarikan balik hendaklah berkuatkuasa dua belas (12) bulan selepas notis itu diterima oleh Depositari, melainkan Pihak tersebut menarik balik notis secara bertulis kepada Depositari sebelum penghujung tempoh dua belas (12) bulan.
  2. Mana-mana Pihak yang menarik balik dari Perjanjian hendaklah dianggap telah menarik balik dari Protokol ini.

Perkara 6 - Pindaan

Protokol ini boleh dipinda pada bila-bila masa menurut prosedur-prosedur yang dinyatakan dalam Perkara 17 Perjanjian, dengan syarat: bagi maksud-maksud Perkara ini, semua rujukan kepada Pihak-Pihak dalam Perkara 17 Perjanjian hendaklah bermakna Pihak-Pihak kepada Protokol ini; dan tidak ada pindaan kepada Protokol ini berkuatkuasa sehingga pada masa pemberitahuan penerimaan bertulis diterima oleh Depositari dari setiap Pihak kepada Protokol ini.

Perkara 7 - Tanggungjawab Depositori

  1. Salinan asal Protokol ini hendaklah disimpan dengan Kerajaan New Zealand, yang akan memaklumkan kesemua penandatangan Perjanjian, kesemua Negara yang menyetujui Perjanjian, dan kesemua anggota ekonomi APEC yang bersetuju untuk terikat dengan Perjanjian ini menurut Tambahan kepada Perjanjian mengenai:
    1. pemberitahuan persetujuan untuk terikat dengan Protokol ini dan sebarang pindaan menurut Perkara 3, perenggan-perenggan 2 dan 4 dan Perkara 6, dan instrumen-instrumen anggota ekonomi APEC yang menyatakan persetujuan mereka untuk terikat dengan Protokol ini menurut perenggan 3 dari Perkara 3 atau persetujuan mereka menerima sebarang pindaan menurut Perkara 6;
    2. tarikh masing-masing dimana Protokol ini mula berkuatkuasa menurut perenggan-perenggan 1,2 dan 5 dari Perkara 4, dan tarikh masing-masing dimana hak-hak dan kewajipan-kewajipan yang terhurai dalam perenggan 6 dari Perkara 4 mula berkuatkuasa berikutan penyimpanan instrumen bertulis oleh anggota-anggota ekonomi APEC menurut perenggan 3 dari Perkara 3;
    3. reservasi-reservasi dan penyataan-penyataan bertulis mengenai perenggan (b) dari Perkara 2 yang dibuat menurut perenggan 5 dari Perkara 3, dan pemberitahuan mengenai dengan pengenaan secara timbal balik reservasi atau penyataan-penyataan itu menurut perenggan 6(a) dari Perkara 3;
    4. pemberitahuan mengenai ketidakpengenaan Protokol yang diterima menurut perenggan 6(b) dari Perkara 3 atau perenggan 4 dari Perkara 4;
    5. panggilan perundingan-perundingan untuk menimbangkan pindaan-pindaan menurut Perkara 6;
    6. tarikh masing-masing dimana pindaan mula berkuatkuasa menurut Perkara 6; dan
    7. pemberitahuan mengenai penarikan balik yang diterima menurut perenggan 1 dari Perkara 5.
  2. Berikutan dengan berkuatkuasanya Protokol ini, Depositori hendaklah menghantar salinan Protokol ini yang disahkan benar kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi didaftarkan dan disiarkan menurut Perkara 102 Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa menurut Perkara 83 dari Konvensyen. Depositori hendaklah juga menghantar salinan-salinan sebarang pindaan yang di sahkan benar yang berkuatkuasa.

Tandatangan

PADA MENYAKSIKANNYA, wakil-wakil yang bertandatangan di bawah, diberi kuasa dengan sempurna oleh Kerajaan-Kerajaan mereka masing-masing, telah menandatangani Protokol ini.

DI PERBUAT di Washington, pada 1 haribulan Mei, 2001, dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Sepanyol dan Bahasa Melayu, tiap-tiap naskah sama sahnya. Jika berlaku sebarang perbezaan tafsiran diantara ketiga-tiga teks, naskah dalam Bahasa Inggeris hendaklah dipakai.

BAGI PIHAK BRUNEI DARUSSALAM:

BAGI PIHAK NEW ZEALAND:

BAGI PIHAK REPUBLIK SINGAPURA:

New Zealand Ministry of Transport
Attention: Air Services
Phone: +64-4-439-9000
Fax: +64-4-439-9004
e-mail: maliat@transport.govt.nz
New Zealand Ministry of Foreign Affairs and Trade
Attention: Treaty Officer
Legal Division
Fax:+64-473-2103
e-mail: lgl@mfat.govt.nz